Bungkusan yang menghiburkan

by Nadiya N. on Sunday, July 16, 2017


Setiap kali dapat bungkusan dari ehem ehem (identiti dirahsiakan) mesti aku rasa nak lompat bintang. Kalau sehari sebelum dapat tu baru lepas gaduh ke apa, sudah pasti terpadam habis bara di hati apabila bungkusan berada di tangan. Meskipun yang dia bagi hanyalah seketul keychain (contohnya), aku tetap rasa terhibur.

Dan bungkusan kali ini paling menggelikan hati limpa serta pankreas.


Dia ni kalau balut hadiah, bagaikan sedang bermain explorace lah engkau.

Punyalah bersilat dengan pisau aku nak bukak balutan dia. Bukan setakat kertas minyak tu ye (very the oldskool kan haha), ada lagi segenggam lapisan suratkhabar di bahagian dalam. Macam kan terdapat sejongkol emas di dalam bungkusan itu. Hakikatnya, bila bukak bungkusan tersebut...


Biskut okay, biskut. Kau hado? Haha
Macam mana lah aku tak terhibur, bila habis bersilat ternampak kotak kiut dan isinya ini.
 
Terima kasih awak.


Salahkan tripod itu

by Nadiya N. on Monday, July 10, 2017


Raya yang keseratus belas, baru datang mood nak update sikit.

Seperti yang dimaklumkan, raya ketiga baru kami berhari raya secara formal (since raya pertama tahun ni giliran Naim beraya belah sana, jadi nak bagi cukup korum baru beraya formal).

Semua sepatutnya berkumpul di tempat photoshoot (ruang tamu je pun) pukul 9 pagi, tapi jam 10 pun ada yang tak mandi lagi. Masa tu, aku pun masih sibuk menggalakkan anak sedara main mercun dalam rumah. Mercun pop-pop tu je, yang baling meletup kecik atas lantai. 

Dekat pukul 11 baru settle ada semua, tapi adalah mendukacitakan bila baru perasan bendalah untuk letak kamera atas tripod tu hilang entah ke mana.



Perhatikan tripod yang gondol itu.
Angkara dia, gambar raya overstyle takde dalam simpanan. Bila dah suruh orang lain capture, haku datang mode penyegan nak beraksi.

Maka, terkubur lah harapan nak recapture gambar zaman kecik-kecik dulu (padahal tak teringat langsung).

---

Open house kali ni banyak berperang di dapur sebab main dish habis sebelum tamat operasi.

Nasib baik terubat sikit bila bermain bunga api sambil mendukung Seif di waktu malam. And I think that's the best part of the raya. Melayan budak-rambut-perang-jual-mahal-tapi-mesra-alam (cuba cari budak cenonet tu dalam gambar).

Sadis kan,
Bila dah tak banyak benda mencuit hati di hari raya.

Semua salah tripod (tetiba).



Kami juga manusia biasa

by Nadiya N. on Thursday, July 6, 2017


I know how it feels like bila orang keep on telling atas muka engkau yang engkau adalah seorang pendiam lagi maha pendiam.

HELLO???!!

Tak perlu nak pointed out kot. Sebab kami memang aware dengan keadaan rupa bentuk yang begitu.  Tinggal lagi kami tak bagitahu atas muka engkau yang kami-diam-pasal-engkau-tiada-daya-tarikan-dan-membosankan!

---

Masa aku pergi melawat site bulan puasa baru ni, ada wakil supervisor keep on emphasize how pendiam nya this pelajar, dan budak ni being pendiam as he is, tidak membalas apa-apa. Aku yang sedikit rasa tidak selesa dengan 'tohmahan' itu mula buka suis being direct,

"Tak kisahlah dia diam macam ni pun, asalkan boleh buat kerja, dan siapkan project".

Wakil supervisor itu sendiri pun mengaku yang pelajar ini rajin dan boleh buat kerja. So, aku tak nampak apa masalah besar nya dengan kurang bersosial.

Aku teringat kejadian itu bila pagi tadi dapat mesej sangat lah polite dari pelajar tersebut.

Di zaman yang penuh pancaroba ini, bila engkau encounter generasi (penghujung) Y atau Z yang begitu polite even dalam mesej, engkau akan terasa sangat berbunga-bunga dan senang hati. Tambah lagi, kalau spesis yang buat kerja tip top, kemas dan on time.

Terasa nak sujud syukur okay!



Emosi sangat tidak berhemah

by Nadiya N. on Monday, July 3, 2017


Dua tiga hari selepas raya, tiba-tiba aku didatangi emosi yang sangat tidak berhemah. Susah nak terjemah dengan bahasa. Dia punya perasan tu sampai aku fikir macam mana terjadinya kepulan awan komunilumbus.

Dalam bahasa mudahnya,

MENGARUT punya fikiran!
Kejadah apa nak fikir pasal pembentukan awan. Haha.

Angkara pemikiran 'komunilumbus' ni lah, aku jadi detached dengan keadaan sekeliling. Macam kena tarik roh baik keluar, dan yang tinggal cuma roh cari pasal dan buat perangai. So, aku kurang berfikir dengan waras dan mula berhati masam. Berjangkit ke muka masam sekali.

Susah juga nak back on track,
And I guess, kalau aku takde Tuhan, takde agama,
dah lama aku gila kot.


Hari raya yang ganjil

by Nadiya N. on Monday, June 26, 2017


Pagi raya started with aku contemplate nak pergi semayang raya ke tak. Sebab Mak dan Nana stay di rumah, maksudnya aku bakal terkulat-kulat sorang-sorang jelah di barisan jemaah perempuan (walaupun sebenarnya aku pergi dengan Ayah).

Tapi memandangkan aku taknak sia-sia kan peluang sekali setahun ni (sebab aku rasa aku dah mensia-siakan ramadhan), dan aku nak merasai udara yang sarat dengan gema takbir, jadi pertama kali aku mengulatkan(?) seorang diri di saf pertama.

So anyway,

Selepas semayang raya, nothing much to do sebab kami decide nak bergambar formal, membagi duit raya formal dan bersalam formal pada hari raya ketiga. Boleh pulak tunda-tunda kan. 

Cuma ada lah juga aktiviti makan-makan, berborak santai dan bergambar tidak formal dengan tok nenek, pak sedara dari jauh dan keluarga mak sedara yang tinggal depan rumah. And it was fun juga bila ada Umar bergabung dengan mak sedara yang tiba-tiba meng-usulkan calon. Diorang berdua itu kalau buat kelakar, aku gelak tak cover dah.

Kemudian,
Selepas zohor kami pergi menziarah mak sedara belah Ayah pula dan berpakat dengan sedara-sedara yang lain untuk kunjung mengunjung pada masa yang sama supaya boleh bertemu mata di hari yang mulia ini (gituuu).

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami akan bertemu sekeluarga di rumah mak sedara sulung. Even rumah mak sedara akan menjadi sangat padat dengan kehadiran berpuluh manusia dalam satu masa yang sama, tapi tak pernah rasa lemas atau claustrophobia ke hape.

Mungkin sebab bila berjalan berselisih bahu, atau duduk berselisih lutut, menjadikan perbualan lebih mudah didengari dan the closeness tu masih terasa.

Setelah itu, kami bercadang singgah rumah umi Shayyid. Tapi, nak sampai ke rumah Shayyid punyalah banyak liku-liku. Bukan sebab jem, tapi sengaja cari jem haha. Pergi round bandar macam kan takde arah tuju. Pasalnya, menunggu Naim dan Shayyid beraya rumah orang lain dulu.


Sambil-sambil menunggu, having aiskrim di hari raya adalah ganjil juga kan. Ditambah pula, bergosip tentang orang yang lalu lalang depan 7e dan cuba untuk klasifikasikan mereka samada seorang hipster atau normal. HAHA tak bermotif punya perlakuan.